BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 31, 2010

E-PENDIDIKAN

Apa itu E-Pendidikan?
Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai e-pendidikan (pendidikan elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi “... a wide set of applications and processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and digital collaboration. It includes the delivery of content via Internet, intranet/extranet (LAN/WAN), audio-and videotap, satelite broadcast, interactive TV, and CD-ROM...” (http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html).
Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan pelbagai media dan teknologi mutakhir.
2.1.1 E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.
i. Untuk Siapa?
Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut. Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan seperti berada di negara berbahasa Melayu.
ii. Untuk Apa?
Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku. Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.
Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti:
(a) Kebebasan belajar
6
● Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.
● Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada hari ini.
● Pelajar dapat belajar berdikari.
(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.
(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.
● Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan dan pengeditan kandungan/maklumat kursus).
● Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video ataupun ‘secara langsung’.
(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.
● Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.
● Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa tekanan.
(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.
Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap kawasan.

Monday, March 29, 2010

PEMANFAATAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB

Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah perkara yang
menjadi lumrah dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dalam bahasabahasa
seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan bahasa utama dunia, pemanfaatan
teknologi dilakukan secara meluas dan begitu pesat sekali. Ini disebabkan oleh
perkembangan teknologi yang mudah dikuasai oleh lapisan masyarakat terutamanya
golongan muda ditambah pula dengan kebaikan-kebaikan lain yang terdapat didalamnya
seperti, elemen-elemen multimedia, penjimatan kos keseluruhan, penjimatan masa, dan
keupayaan menjalankan sesuatu proses secara berulang-ulang tanpa rasa jemu.
Walaupun begitu dalam pembelajaran bahasa Arab terdapat kekangan di dalam diri
pelajar dan guru yang mungkin merujuk kepada masalah seperti tidak biasa dalam
berinteraksi dengan teks bahas Arab, kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk
mempraktikan teknologi, dan perasaan tidak mahu cara tradisional yang telah dipraktikan
sekian lama diubahsuai dan ditokok tambah oleh kemajuan yang dicapai dalam bidang
teknologi.
1. Pemanfaatan program-program pakej pejabat (Office applications)
Ada banyak program-program jenis ini yang boleh digunapakai untuk tujuan pengajaran.
Antaranya ialah program-program seperti Microsoft Office, OpenOffice.org, Star Office,
dan Abi Word. Microsoft Office adalah pilihan kebanyakan pengguna tanpa menafikan
program-program yang lain yang tidak kurang kebolehan dalam melakukan aplikasiaplikasi
asas untuk pejabat. Ini termasuklah dalam menyediakan dokumen-dokumen,
laporan-laporan, dan demonstrasi atau persembahan menggunkan computer.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan melalui aplikasi Microsoft Word contohnya
ialah aktiviti penulisan kreatif (lihat Gambar 1), aktiviti kemahiran mendengar, aktiviti
penulisan dalam kumpulan, dan aktiviti diktasi.

2. Pemanfaatan laman-laman web
Laman-laman web yang tersedia di Internet juga dpat dimanipulasikan untuk tujuan
pengajaran. Ini dapat menyediakan maklumat-maklumat yang asal (authentic) yang
berperanan sebagai bahan pengajaran seperti laman akhbar di dalam bahasa Arab, laman
portal bahasa Arab dan laman alat bantuan pembelajaran-pengajaran bahasa Arab. Apa
yang penting para guru hendaklah mahir dalam mencari maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk tujuan tersebut melalui penggunaan laman-laman pencarian maklumat
(search engine) yang tersedia seperti di Google, Yahoo, dan MSN network.

3. Pemanfaatan perkhidmatan perbualan langsung (chat)
Bayangkan jika kita dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan sebaya di negara
Arab seperti Kuwait, Arab Saudi, dan Mesir dalam bahasa Arab. Inilah yang dapat
dilakukan oleh perkhidmatan chat. Perkhidmatan chat yang terdapat di Internet boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya ialah chat melalui teks, chat melalui suara,
dan chat melalui video dan suara.
Program-program seperti Google Talk, MSN messenger, Yahoo Messenger, dan Skype
adalah contoh program-program yang menyediakan platform untuk berinteraksi secara
langsung. Di samping itu terdapat juga laman-laman web yang menyediakan
perkhidmatan chat untuk pengguna Internet yang antaranya boleh didapati dalam bahasa Arab.

Pemanfaatan teknologi hendaklah dilakukan semaksima mungkin agar keperluan semasa
dapat dipenuhi. Ini adalah untuk memastikan bahasa Arab tidak terpinggir di dalam
kepesatan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang
tenaga pengajar bahasa tersebut dia hendaklah melengkapkan dirinya dengan kemahirankemahiran
yang diperlukan untuk berinterekasi secara efektif dan efesien melalui
pengunaan bahan-bahan pengajaran yang berasaskan teknologi. Pada masa yang sama pembelajaran bahasa arab
dia juga hendaklah cuba untuk melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sama ada dari
segi teori dan praktik tentang teknologi perkomputeran dari kacamata dunia pendidikan.
Penggunaan teknologi juga hendaklah dilakukan secara teratur dan terancang dan tidak
boleh dijalankan secara sembrono tanpa pengetahuan yang cukup tentang cara bagaimana
ianya dapat dilaksanakan dengan baik

Sunday, March 28, 2010

TEKNOLOGI CANGGIH STIMULASI OTAK




Apa yang dimaksud dengan IQ?
IQ (Intelligence Quotient) adalah tingkat kecerdasan untuk memperoleh pengetahuan dan kemampuan akademik. Masing-masing orang memiliki kemampuan IQ yang berbeza-beza menurut tingkatan kemampuan IQ setelah mengikuti tes. Dan memiliki IQ yang tinggi membawa kebanggan tersendiri.
Berikut ini tingkatkan kecerdasan berdasarkah Tes IQ:
80 – 89      Bodoh
90 – 109    Normal atau rata-rata
110 – 119   Cerdas
120 – 140   Sangat Cerdas
140 – 144   Super Cerdas (Hampir Genius)
145 – 154   Genius
155 – 164   Sangat Genius
165 – 179   Super Genius
180 – 200   Super Extra Genius
Di atas 200 (unmeasurable Genius ) atau Genius tidak terukur .
Di level manakah IQ anda?
Kecerdasan seseorang tergantung pada beberapa faktor, antara lain: faktor genetik, gizi, lingkungan pendidikan, dan lain-lain. Dan pada umumnya orang berpendapat bahawa keadaani IQ seseorang sejak lahir tidak dapat berubah apalagi kalau berhubungan dengan genetik.
Kekeliruan tersebut sudah berakhir dengan ditemukannya teknologi otak ini.
Saat ini telah ditemukan teknologi baru untuk meningkatkan kecerdasan apapun latarbelakang anda. Dengan teknologi frekuensi atau gelombang otak khusus yang disebut binaural freqencies  IQ seseorang dapat ditingkatkan. Sehingga dengan pemakaian yang benar dalam kurun waktu tertentu seseroang dapat meningkatkan kecerdasannya hingga dapat mencapai level genius.  


Bagaimana Cara Kerjanya?
Telah dibuktikan melalui penelitian dan percubaan bertahun-tahun bahawa IQ dapat ditingkatkan dengan cara mendengarkan binaural sound (teknologi bunyi berdasarkan frekuensi otak) pada level alpha.






Sekarang teknologi itu sudah tiba pada anda dikemas dalam mp3. Anda dapat menmuatturunkannya dan menggunakannya setiap hari paling kurang selama 10 minit. Dan jadilah seorang genius. Setelah penggunaan beberapa hari anda akan merasakan kesannya, dan tunjukkan kepada orang bahawa anda genius. Jadilah juara kelas, pemikir, dan seorang intelektual yang genius.
Pencipta teknologi ini menggunakan teknologi bunyi ini dan berhasil meningkatkan IQ -nya sampai 152. Dan dia kemudian diundang untuk bergabung di Mensa (perkumpulan orang-orang genius atau ber-IQ tinggi di dunia).


Thursday, March 11, 2010

BERJUTA-JUTA VIRUS ANCAM KOMPUTER

Jika anda rasa computer anda dan datanya selamat dengan sentiasa mengemaskini perisian antivirus, anda sebenarnya salah. Naib presiden Symantec hosted service group, Bjorn Engelhardt berkata, ada berjuta-juta virus dan spam yang dikeluarkan dan dimasukkan dalam internet serta mustahil unutk mana-mana program antivirus mengesan dan mengawal malware yang menyebabkan gangguan kepada komputer dan datanya. Inilah sebabnya kita perlu mengawasi aliran dalam internet. Dengan menggunakan kaedah ini kita boleh mengesan sebarang kemasukan data yang tidak biasa dan mengambil tindakan segera jika kita dapati sesuatu yang luar biasa.

          Perisian antivirus bertindak balas untuk virus dan spam yang dikenal. Apa yang kita bimbang ialah mengenai malware iaitu sesuatu yang baru..mereka dicipta dalam jumlah berjuta setiap hari. Sebagai contoh seseorang menghantar  e-mel kepada kita dengan alamat laman web dan  kita klik ke atasnya. Walaupun komputer kita tidak rosak pada masa kita membuka laman web tersebut, malware akan masuk sendiri ke komputer kita, mengambil semua data dan menghantar semula kepada orang yang memasukkan malware itu.

          Komputer yang rosak akibat virus dilihat seperti ketinggalan zaman dan trend sekarang ialah memasukkan malware oleh spam melalui emel dan “mencuri” maklumat peribadi pengguna untuk tujuan yang salah. Pasaran ASEAN dan China kini adalah sasaran utama aktiviti seumpama itu.

          Daripada melampirkan imej secara terus kepada e-mel penghantar spam kini memilih untuk menganjurkan imej secara talian dengan menawarkan perkhidmatan percuma dan mengurangkan purata saiz fail e-mel spam. Pada februari lalu, nisbah global spam dalam trafik e-mel daripada sumber baru dan sumber tidak baik yang tidak diketahui ialah 89.4% iaitu satu dalam 1.12 e-mel menunjukkan kenaikan sebanyak 5.5% berbanding januari.

Pemodelan, Pengiraan & Simulasi dalam Sains dan Teknologi

Peranan pemodelan, pengiraan dan simulasi adalah untuk menyelesaikan masalah rumit yang dihadapi oleh seseorang dalam kehidupan seharian. Masalah tersebut terbahagi kepada dua, iaitu masalah yang berlaku disebabkan oleh keinginan sendiri dan masalah yang berlaku di luar keinginan manusia. Keinginan manusia dalam kehidupan kini adalah sesuai dengan sifat manusia yang dinamik dan ingin maju seperti menghasilkan kapal angkasa, bangunan pencakar langit atau jambatan terpanjang. Dalam permasalahan yang timbul akibat keinginan manusia ini, peranan pemodelan, pengiraan dan simulasi adalah jelas di mana para saintis menggunakan model matematik sejak era Newton pada abad ke-17.

           Pada 1950-an dengan adanya teknologi komputer, maka ia menjadi alat bantu yang amat penting dalam sistem pendidikan, penyelidikan dan pembangunan, industri dan kewangan. Permasalahan yang berlaku di luar keinginan manusia adalah seperti yang disebabkan oleh perubahan keadaan alam (contohnya gempa bumi) serta kesan perubahan yang dilakukan oleh manusia ke atas alam (tanah runtuh). Permasalahan ini juga boleh diselesaikan melalui pemodelan dan simulasi. Para saintis boleh meramal kejadian buruk ini dan memaklumkan untuk mengelakkan berlaku kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda. Contohnya, kini terdapat alat yang boleh mengesan sekiranya akan berlaku tsunami lagi.

Friday, February 19, 2010

PERKAMUSAN SAINS KOMPUTER DAN BIDANG LINGUISTIK TERKOMPUTASI



Selain isu pemantapan leksikologi dan perkembangan bahasa, cabaran yang dihadapi oleh bidang perkamusan ialah keperluan terhadap bahan sumber linguistik dalam bentuk elektronik. Pada zaman ini aplikasi komputer boleh dikatakan telah mempengaruhi hampir semua bidang penyelidikan, termasuklah bidang linguistik. Bidang linguistik terkomputasi (computational linguistic) merupakan satu bidang yang mengaplikasikan penggunaan komputer dalam pengkajian bahasa. Bidang ini bukan sekadar menggunakan komputer untuk menyunting dokumen. Tetapi ia mengkaji bagaimana memanfaatkan keupayaan komputer untuk menyelesaikan masalah dalam bidang linguistik, merangkumi sub-bidangnya seperti pragmatik, semantik, sintaksis dan nahu, morfologi dan fonologi.
Amnya aplikasi komputer dalam bidang linguistik lebih tertumpu pada penggunaan korpus dalam mengkaji ciri-ciri dan bentuk bahasa dalam kegunaan masyarakat seharian. Penggunaan komputer untuk mengurus korpus sangat relevan. Apabila mengungkapkan tentang ciri kamus, Asmah Omar menyatakan, ‘The dictionary should be considered as a storehouse for lexical items which from time to time can be taken out to be given various functions in the language usage of speakers in definite situations in the course of human interactions’ (1975: 345). Idea sebagai ‘storehouse’ ini secara tidak langsung merujuk kepentingan komputer sebagai mekanisma bagi meningkatkan kecekapan penyimpanan, pencarian dan pemprosesan maklumat dalam bidang perkamusan. Keperluan yang dinyatakan adalah fungsi asas bagi penyelia ‘storehouse’, dan yang nyata semua ciri ini dipunyai oleh komputer. Apatah lagi, tugas perkamusan sebahagian besarnya bergantung pada carian dalam korpus (KD, 2005:xvi, xxv).
Penggunaan korpus dapat membantu ahli bahasa memahami persoalan berkaitan bahasa berdasarkan konkordans. Konkordans merujuk kepada senarai kata dlm korpus (buku, majalah, dsb) yg disusun mengikut abjad yg menyatakan kedudukan sesuatu kata, dan cara penggunaannya dlm bahagian korpus yg berkenaan (KD, 2005: 815). Manakala persoalan bagi ahli komputer pula ialah bagaimana komputer dapat memproses konkordans dan mentafsirkan entri yang dimuatkan (Salinah, 2000: 811). Salinah (2000) menyentuh tentang peranan komputer kepada bidang perkamusan dari aspek pemprosesan konkordans. Namun kebanyakan isu lebih ditumpukan kepada aspek perisian kamus (kamus elektronik) sebagai bahan pendidikan dan rujukan masyarakat. Hakikatnya perkembangan dan pembangunan perisian kamus nyata menggalakkan jika dilihat pada kemunculan pelbagai perisian kamus untuk komputer peribadi dan atas talian. Antaranya ialah perisian Dewan Eja, E-Kamus dan kamus atas talian Dewan Bahasa dan Pustaka, DBP (http://www.dbp.gov.my). Selain penggunaan komputer peribadi, konsep kamus elektronik seperti Kamus Besta juga turut diketengahkan di kalangan masyarakat.
Namun perlu difahami bahawa penggunaan kamus tidak terhad pada pengguna dan masyarakat saja. Perisian kamus juga sangat berguna kepada perisian komputer. Misalnya perisian Dewan Eja dapat berinteraksi dengan perisian pemproses perkataan MS Word untuk menyemak kesalahan tatabahasa dalam dokumen suntingan. Jadi sumbangannya dapat meningkatkan keberkesanan MS Word sebagai pemproses perkataan.
Hubungan bidang linguistik dan sains komputer tidak lagi sekadar hubungan satu hala (iaitu komputer berguna kepada linguistik). Apabila bidang linguistik terkomputasi semakin berkembang, kepentingan bidang linguistik kepada sains komputer juga meningkat. Ini kerana untuk menyelesaikan masalah berkaitan linguistik, komputer perlu diberi maklumat tentangnya. Jika berkaitan masalah analisis morfologi, komputer perlu maklumat tentang peraturan dan ciri pengimbuhan, serta kaedah-kaedah berkaitan morfonologi bahasa (Chang May See, 1980, Ranaivo Bali, 2001; Mohd Yunus et al, 2007, Femphy Pisceldo et al, 2008). Selain maklumat tentang bahasa, penggunaan korpus dan leksikon menjadi sangat penting terutama dalam bidang penyelidikan (analisis dan janaan berkomputer), kerana seperti mana korpus penting kepada ahli bahasa, korpus dan leksikon juga penting kepada penganalisis berkomputer.
Misalnya dalam pembangunan perisian penganalisis dokumen atau ayat secara berkomputer, penggunaan korpus dapat memberi maklumat kepada perisian terbabit tentang aspek penggunaan istilah; seperti kolokasi bagi mengenalpasti kelas kata (Knowles et al, 2006). Ini membolehkan analisis berkomputer dilakukan dengan lebih baik. Begitu juga dengan leksikon. Penggunaan leksikon begitu meluas dalam linguistik terkomputasi. Leksikon yang digunakan terdapat dalam pelbagai bentuk bergantung pada konteks penggunaannya. Bagi analisis morfologi terkomputasi, leksikon digunakan untuk mengenal pasti ciri dan atribut istilah; seperti kelas kata. Selain itu maklumat morfologi dalam bentuk leksikon morfologi juga digunakan dalam penganalisis morfologi (Ranaivo Bali, 2001). Manakala leksikon bagi fungsi penterjemahan perlu mengandungi pasangan kata yang sepadan bagi bahasa-bahasa yang terlibat dalam penterjemahan. Melalui penggunaan leksikon penterjemahan boleh dilakukan secara automatik (C.K. Quah, 2001).
Perkembangan penyelidikan untuk tujuan analisis linguistik berkomputer sudah bermula di Malaysia sejak tahun 1980 (Chang May See, 1980). Unit Terjemahan Melalui Komputer (UTMK), di Universiti Sains Malaysia (USM) telah melaksanakan beberapa kerjasama dalam menghasilkan perisian berkomputer untuk analisis linguistik terkomputasi. Antaranya dalam projek Getha (Chang May See, 1980) dan kerjasama dengan DBP membangunkan korpus bahasa Melayu. Walau bagaimanapun pembangunan aplikasi kamus berkomputer memerlukan perancangan pembangunan yang teliti. Misalnya Zaharin Yusoff dalam (Salinah, 2000:813) menyatakan bahawa setiap kamus mempunyai struktur yang tertentu, dan penyusunan perlu mengikuti struktur tersebut. Beliau menekankan bahawa dengan adanya keputusan mengenai struktur yang tetap dapat meningkatkan keberkesanan penyusunan kandungan dan pembinaan alat perkamusan berkomputer.
Namun menetapkan suatu struktur yang lengkap pada peringkat awal bukan satu perkara mudah. Ini kerana pada bidang perkamusan itu sendiri sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Malahan pembaikan juga berlaku secara berterusan dalam setiap edisi kamus, kerana struktur yang benar-benar mantap nyata sukar diputuskan. Ini mungkin kerana bidang perkamusan dan leksikologi belum benar-benar mantap kerana kekurangan ahli leksikologi (Salinah, 2000: 811). Masalah yang timbul daripada pembangunan berdasarkan struktur yang masih rapuh dan fleksibel ialah perubahan ke atas aplikasi komputer yang dibangunkan apabila perubahan struktur asas berlaku. Perbelanjaan mengubah sistem komputer pastinya mahal dan memerlukan sumber masa dan tenaga yang banyak.
Seandainya ingin membina struktur yang tetap bagi kamus berkomputer, perlu diputuskan bentuk maklumat yang akan disimpan dan diproses oleh perisian berkomputer itu. Bentuk maklumat yang disimpan akan mempengaruhi bentuk perisian yang akan dibangunkan. Ini kerana sesetengah maklumat lebih sesuai disimpan menggunakan pangkalan data (misalnya korpus yang menyimpan berjuta-juta perkataan), manakala sesetengahnya pula lebih sesuai disimpan dan diproses menggunakan perisian yang lebih ringkas (leksikon morfologi).
Selain itu reka bentuk sistem perisian yang ingin dibangunkan perlu mengambil kira penggunaannya. Jika perlu dicapai dari jarak yang jauh (melalui talian/online atau internet), maka sistem perlu berhubung dan boleh dicapai melalui sistem rangkaian internet. Sepertimana pangkalan data korpus DBP yang dapat dicapai melalui aplikasi web di laman web rasminya. Selain itu ada pula sesetengah institusi mengenakan caj dan bayaran terhadap perkhidmatan kamus atas talian yang ditawarkan. Jadi adakah kamus elektronik bahasa Melayu yang disediakan juga perlu dikenakan bayaran? Jika ya, maka sistem kawalan capaian yang lebih tinggi perlu disediakan bagi memastikan hanya pengguna yang berhak saja boleh mencapainya. Semua keperluan ini perlu dipertimbangkan dalam proses pembangunan kamus berkomputer pada peringkat awal, supaya tidak membebankan pengguna kerana pengubahsuaian dan juga tidak menyukarkan penyedia perkhidmatan seperti DBP yang terpaksa menanggung kos pengubahsuaian yang tinggi.
Secara keseluruhannya, cabaran dan isu berkaitan bidang perkamusan (leksikon dan korpus) juga wujud dalam memenuhi keperluan bidang sains komputer berkaitan linguistik (linguistik terkomputasi). Namun apa yang penting kita dapat mengetahui dan memahami bahawa keperluan bidang perkamusan dan perkembangan bidang linguistik Melayu amnya tidak hanya berkait soal bahasa, tetapi juga mempengaruhi perkembangan bidang lain yang berkaitan. Seandainya bidang perkamusan Melayu mantap, maka mudahlah untuk memantapkan bidang lain yang bergantung kepadanya.

Saturday, January 30, 2010

Cabaran Terhadap Bahasa Malaysia Dan Budaya Nasional



Ledakan Maklumat di Malaysia mula terasa. Pelancaran MEASAT pada 13 Januari 1996 lalu adalah bukti yang nyata. Segalanya berpunca daripada Teknologi Maklumat yang sedang berkembang. Teknologi Maklumat diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan dalam bidang mikroelektronik yang mengandungi perkembangan pelbagai teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan sebagainya. Paling terserlah kemunculan Internet yang mempamerkan penggunaan jaringan informasi bersepadu sehingga boleh diaplikasikan sebagai bahan komunikasi multimedia, komponen yang melibatkan teks, bunyi, grafik, dan video. Persoalannya, bersediakah Bahasa Malaysia dan budaya menerima cabaran teknologi canggih ini?
Pada hakikatnya, Bahasa Malaysia dan budaya nasional sepatutnya menjadi lebih kukuh dan mantap dengan bentuk yang disempurnakan sehingga berupaya memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan dapat berdiri sama teguh dengan bahasa-bahasa moden lain dalam menyahut cabaran Teknologi Maklumat kini dan pada masa hadapan. Apakah Bahasa Malaysia dapat mengekalkan kesinambungan status lingua franca dalam cabaran Teknologi Maklumat? Mantan  Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menegaskan:
"Setiap tamaddun yang berdaya maju mempunyai sifat-sifat dinamis dan berubah apabila perubahan diperlukan. Tamadun yang tidak berubah yang beku dan tidak dapat membentuk cara, nilai dan amalan yang baik demi penyesuaian dan keperluan masa dan tempat akan mati dan luput."

Selaras dengan motto Persatuan Bahasa Malaysia - Mendukung Tradisi Intelektual, pihak PBMUSM merasa bertanggungjawab melontarkan persoalan yang agak ke hadapan kepada masyarakat umumnya dan kepada masyarakat Bahasa Malaysia khasnya sebagai satu langkah awal menghadapi cabaran abad 21.
Semoga dengan berlangsungnya seminar perdana ini, sedikit banyak cuba untuk menyingkap peranan Bahasa Malaysia dalam menghadapi cabaran Teknologi Maklumat dan sejauh manakah Bahasa Malaysia serta budaya nasiona dapat bersaing melangkah ke arah kecermerlangan.
Matlamat:
·         Menjadikan Teknologi Maklumat sebagai medium dan saluran untuk mendaulatkan Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa.

·         Menyedarkan dan menggerakkan belia ke arah memanfaatkan teknologi maklumat yang kian berkembang maju

·         Memperlengkapkan belia-belia yang bakal menjadi pemimpin dengan input-input yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan kesan terhadap bahasa kebangsaan dan budaya nasional

·         Sebagai satu medan ilmu untuk membincangkan bagaimana kaedah yang paling berkesan memastikan Bahasa Malaysia tidak terus terpinggir ketika medium untuk menonjolkan Bahasa Malaysia sudah terbentang di depan mata.

·         Berusaha agar Bahasa Malaysia dan teknologi maklumat mampu bergerak seiring sebagai alat perpaduan seluruh pengguna di dunia yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia dalam rangkaian maklumat.

·         Berusaha agar semua pihak terlibat dalam membantu Bahasa Malaysia menembusi pasaran dunia dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai saluran.

·         Berusaha meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa yang utama digunakan dalam media maklumat dan menyedarkan serta menyakinkan masyarakat tentang keupayaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.

·         Penggunaan Bahasa Malaysia yang luas dalam teknologi maklumat seperti 'Homepage' membantu golongan rendah yang rata-ratanya menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa harian untuk sama-sama memperolehi dan tidak ketinggalan dalam mendapatkan maklumat mengenai media maklumat.

·         Sebagai satu medan perbincangan berkaitan dengan implikasi dan kesan yang negatif terhadap budaya dan bahasa bangsa sekiranya teknologi maklumat disalahgunakan.

Thursday, January 21, 2010

PORTAL : TEKNOLOGI INTERNET KEPERLUAN KINI

Portal ialah teknologi internet yang disenaraikan pada setiap aras gambar rajah aplikasi pengetahuan. Portal muncul pada tahun 1999, setelah mendapat perhatian ramai dan dikatakan lebih maya daripada teknologi internet yang lain. Portal juga dikatakan sebagai suatu aplikasi set teknologi internet yang meluas, yang menuruti reka bentuk maklumat yang paling terlanggan.
Pada awal kemunculan internet, orang ramai berasa sangat seronok dan gembira kerana dapat berada di alam maya. Namun begitu, ia juga telah mencetuskan pengalaman kecewa yang lazim bagi hampir setiap pengguna atau orang yang menggunakan web. Hal ini demikian kerana pengguna di rumah sehinggalah pekerja berpengetahuan, interaksi dengan persekitaran komputer jarang-jarang melibatkan sumber maklumat yang tunggal.
Malah carian termudah di web lazimnya mengakibatkan jumlah rujukan yang besar kepada sumber data, proses dan manusia yang jumlahnya juga besar. Tindak balas kepada situasi ini, syarikat yahoo! telah mewujudkan front end yang berintegrasi, berkategori dan berkeperibadian terhadap internet, iaitu “portal”.
Istilah “Portal” mengemukakan visi yang laman web merupakan titik masukan kepada maklumat yang relevan dan terpilih yang berbeza daripada laman web biasa yang semua maklumat boleh dicapai sama rata. Istilah “Portal” telah menerima dengan cepat dan hari ini digunakan secara terbuka oleh pembekal dan juga organisasi untuk mempromosi laman web mereka di luar daripada internet dan extranet.
Istilah portal merupakan istilah yang paling banyak disalah guna. Portal mengandungi kandungan yang lebih relevan dibandingkan dengan laman web biasa. Portal terdiri daripada beberapa jenis iaitu portal awam, portal menegak dan portal korporat.
1) Portal awam
Contoh-contoh portal awam ialah Yahoo dan Google. Portal ini menawarkan julat perkhidmatan rangkaian yang meluas seperti e-mel, ruangan bual (chat room) dan saluran pasaran barangan atau saluran cuaca. Pengguna boleh sesuaikan laman web (homepage) mereka dengan memilih daripada satu set saluran pra-set dan mereka boleh menambah pautannya sendiri atau menukar penampilan atau rupa bentuk portal.

2) Portal menegak
Portal ini memfokuskan suatu industry yang spesifik yang saluran ditawarkan khusus kepada satu-satu industri. Sebagai contoh, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan portal kesihatan untuk orang ramai. Portal ini dikenali sebagai MyHealth, yang bermatlmat untuk memberikan maklumat dan penyelidikan kesihatan kepada rakyat Malaysia menerusi Internet dengan melayari laman web mereka. Manakala portal pendidikan pula menyediakan maklumat dan perkhidmatan pendidikan daripada banyak sumber.

3) Portal korporat
Portal korporat menyediakan saluran untuk organisasi tunggal seperti universiti, kolej, sekolah dan lain-lain. Saluran yang ditawarkan oleh portal korporat selalunya dilihat sebagai suatu yang bernilai kepada pelanggan oroganisasi. Salurannya menawarkan pautan kepada maklumat atau perkhidmatan utama yang dihoskan di organisasi. Pada masa akan dating, dirama akan menggantikan desktop Windows dengan portal korporatnya yang tersendiri yang mencirikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi itu sendiri. Dengan keupayaannya untuk menyelaras aliran maklumat, manusia dan pengetahuan yang banyak, yang mencetuskan amalan bisnes, tugas pejabat pertengahan cenderung mempunyai kesan langsung dan penting terhadap memaksimumkan untung, meminimumkan risiko dan menyuburkan inovasi.
Portal tidak akan mengakibatkan terhapusnya laman web statik sedia ada tetapi akan menawarkan tambahan maklumat dan perkhidmatan yang bernilai kepada pelanggan. Portal termasuklah perkhidmatan memboleh rangkaian seperti e-mel, ruangan bual dan calendar yang berinteraksi tanpa batas dengan aplikasi lain.
Kini portal bukan lagi suatu yang asing, ia boleh dikatakan sebagai satu kaedah untuk pengguna mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan. Seterusnya pastilah portal yang menawarkan nilai dan perkhidmatan yang terbaik akan dipilih oleh pengguna sebagai portal “rumah” mereka.

Thursday, January 14, 2010

permainan video : kesan terhadap minda



Kanak-kanak zaman dahulu gemar bermain semua permainan tradisional kerana boleh mewujudkan interaksi sosial antara teman sepermainan. Namun kini, permainan tradisional bukan lagi menjadi pilihan mereka mahupun golongan dewasa. Hakikatnya, kanak-kanak kini lebih gemar bermain permainan video samada menggunakan konsol ataupun komputer. Walaupun masih menerapkan unsur kreatif dalam permainan itu, nilai interaksi dan muhibah bersam orang lain tidak ada dalam permainan video.
Walau bagaimanapun itulah realiti yang melanda resam kehidupan manusia yang dilambakkan dengan pelbagai teknologi. Tiada sesiapa yang dapat menghalang perubahan cita rasa atau kemahuan orang kini, tetapi kita peril meraikan kehadiran teknologi ini dengan penuh bijaksana.
Sebuah laporan daripada Parlimen Eropah menyimpulkan bahawa permainan video bagus untuk anak-anak kerana dapat melatih keterampilan dalam realiti kehidupan. Toines Manders, anggota Parlimen Belanda menyatakan “permaianan video umumnya tidak merbahayakan. Kami mendengar beberapa bukti daripada ahli permainan komputer dan pakar psikologi dari Perancis, AS dan Jerman mengatakan permainan video memberikan impak positif kepada pendidikan anak-anak.
Permainan video sebenarnyatidak ubah seperti permainan tradisional yang dapat merangsang anak-anak mengingati fakta-fakta, membimbing berfikir strategi, kreativiti dan berpemikiran inovatif  yang merupakan cirri-ciri yang perlu ada dalam sebarang permaian ataupun sukan. Tidak keterlaluan dikatakan permainan video sama kebaikannya dengan memakan lobak untuk kesihatan mata. Contohnya bermain Counter Strike, lilau mata mencari musuh untuk ditembak mungkin tidak banyak membantu pendidikan anak-anak. Namun hasil kajian yang dibuat oleh pakar ilmu otak dan kognitif, AS, menyatakan permainan sedemikian sangat baik untuk kesihatan mata.
Walaupun banyak bukti menyatakan kesan positif daripada permainan video, semua itu tidak berlaku kepada semua orang secara mendadak. Microsoft Corporation pun pernah menyatakan permainan video mampu meningkatkan keupayaan matematik kanak-kanak. Hakikatnya, ada beberapa keberkesanan positif permainan video.