BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

PEMANFAATAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN BAHASA ARAB

Teknologi khususnya yang berkaitan dengan penggunaan komputer adalah perkara yang
menjadi lumrah dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini. Dalam bahasabahasa
seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis dan bahasa utama dunia, pemanfaatan
teknologi dilakukan secara meluas dan begitu pesat sekali. Ini disebabkan oleh
perkembangan teknologi yang mudah dikuasai oleh lapisan masyarakat terutamanya
golongan muda ditambah pula dengan kebaikan-kebaikan lain yang terdapat didalamnya
seperti, elemen-elemen multimedia, penjimatan kos keseluruhan, penjimatan masa, dan
keupayaan menjalankan sesuatu proses secara berulang-ulang tanpa rasa jemu.
Walaupun begitu dalam pembelajaran bahasa Arab terdapat kekangan di dalam diri
pelajar dan guru yang mungkin merujuk kepada masalah seperti tidak biasa dalam
berinteraksi dengan teks bahas Arab, kekurangan kemahiran yang diperlukan untuk
mempraktikan teknologi, dan perasaan tidak mahu cara tradisional yang telah dipraktikan
sekian lama diubahsuai dan ditokok tambah oleh kemajuan yang dicapai dalam bidang
teknologi.
1. Pemanfaatan program-program pakej pejabat (Office applications)
Ada banyak program-program jenis ini yang boleh digunapakai untuk tujuan pengajaran.
Antaranya ialah program-program seperti Microsoft Office, OpenOffice.org, Star Office,
dan Abi Word. Microsoft Office adalah pilihan kebanyakan pengguna tanpa menafikan
program-program yang lain yang tidak kurang kebolehan dalam melakukan aplikasiaplikasi
asas untuk pejabat. Ini termasuklah dalam menyediakan dokumen-dokumen,
laporan-laporan, dan demonstrasi atau persembahan menggunkan computer.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan melalui aplikasi Microsoft Word contohnya
ialah aktiviti penulisan kreatif (lihat Gambar 1), aktiviti kemahiran mendengar, aktiviti
penulisan dalam kumpulan, dan aktiviti diktasi.

2. Pemanfaatan laman-laman web
Laman-laman web yang tersedia di Internet juga dpat dimanipulasikan untuk tujuan
pengajaran. Ini dapat menyediakan maklumat-maklumat yang asal (authentic) yang
berperanan sebagai bahan pengajaran seperti laman akhbar di dalam bahasa Arab, laman
portal bahasa Arab dan laman alat bantuan pembelajaran-pengajaran bahasa Arab. Apa
yang penting para guru hendaklah mahir dalam mencari maklumat-maklumat yang
diperlukan untuk tujuan tersebut melalui penggunaan laman-laman pencarian maklumat
(search engine) yang tersedia seperti di Google, Yahoo, dan MSN network.

3. Pemanfaatan perkhidmatan perbualan langsung (chat)
Bayangkan jika kita dapat berinteraksi secara langsung dengan rakan sebaya di negara
Arab seperti Kuwait, Arab Saudi, dan Mesir dalam bahasa Arab. Inilah yang dapat
dilakukan oleh perkhidmatan chat. Perkhidmatan chat yang terdapat di Internet boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis antaranya ialah chat melalui teks, chat melalui suara,
dan chat melalui video dan suara.
Program-program seperti Google Talk, MSN messenger, Yahoo Messenger, dan Skype
adalah contoh program-program yang menyediakan platform untuk berinteraksi secara
langsung. Di samping itu terdapat juga laman-laman web yang menyediakan
perkhidmatan chat untuk pengguna Internet yang antaranya boleh didapati dalam bahasa Arab.

Pemanfaatan teknologi hendaklah dilakukan semaksima mungkin agar keperluan semasa
dapat dipenuhi. Ini adalah untuk memastikan bahasa Arab tidak terpinggir di dalam
kepesatan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Sebagai seorang
tenaga pengajar bahasa tersebut dia hendaklah melengkapkan dirinya dengan kemahirankemahiran
yang diperlukan untuk berinterekasi secara efektif dan efesien melalui
pengunaan bahan-bahan pengajaran yang berasaskan teknologi. Pada masa yang sama pembelajaran bahasa arab
dia juga hendaklah cuba untuk melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sama ada dari
segi teori dan praktik tentang teknologi perkomputeran dari kacamata dunia pendidikan.
Penggunaan teknologi juga hendaklah dilakukan secara teratur dan terancang dan tidak
boleh dijalankan secara sembrono tanpa pengetahuan yang cukup tentang cara bagaimana
ianya dapat dilaksanakan dengan baik

0 comments: