Jika anda rasa computer anda dan datanya selamat dengan sentiasa mengemaskini perisian antivirus, anda sebenarnya salah. Naib presiden Symantec hosted service group, Bjorn Engelhardt berkata, ada berjuta-juta virus dan spam yang dikeluarkan dan dimasukkan dalam internet serta mustahil unutk mana-mana program antivirus mengesan dan mengawal malware yang menyebabkan gangguan kepada komputer dan datanya. Inilah sebabnya kita perlu mengawasi aliran dalam internet. Dengan menggunakan kaedah ini kita boleh mengesan sebarang kemasukan data yang tidak biasa dan mengambil tindakan segera jika kita dapati sesuatu yang luar biasa.
Perisian antivirus bertindak balas untuk virus dan spam yang dikenal. Apa yang kita bimbang ialah mengenai malware iaitu sesuatu yang baru..mereka dicipta dalam jumlah berjuta setiap hari. Sebagai contoh seseorang menghantar e-mel kepada kita dengan alamat laman web dan kita klik ke atasnya. Walaupun komputer kita tidak rosak pada masa kita membuka laman web tersebut, malware akan masuk sendiri ke komputer kita, mengambil semua data dan menghantar semula kepada orang yang memasukkan malware itu.
Komputer yang rosak akibat virus dilihat seperti ketinggalan zaman dan trend sekarang ialah memasukkan malware oleh spam melalui emel dan “mencuri” maklumat peribadi pengguna untuk tujuan yang salah. Pasaran ASEAN dan China kini adalah sasaran utama aktiviti seumpama itu.
Daripada melampirkan imej secara terus kepada e-mel penghantar spam kini memilih untuk menganjurkan imej secara talian dengan menawarkan perkhidmatan percuma dan mengurangkan purata saiz fail e-mel spam. Pada februari lalu, nisbah global spam dalam trafik e-mel daripada sumber baru dan sumber tidak baik yang tidak diketahui ialah 89.4% iaitu satu dalam 1.12 e-mel menunjukkan kenaikan sebanyak 5.5% berbanding januari.
0 comments:
Post a Comment