Peranan pemodelan, pengiraan dan simulasi adalah untuk menyelesaikan masalah rumit yang dihadapi oleh seseorang dalam kehidupan seharian. Masalah tersebut terbahagi kepada dua, iaitu masalah yang berlaku disebabkan oleh keinginan sendiri dan masalah yang berlaku di luar keinginan manusia. Keinginan manusia dalam kehidupan kini adalah sesuai dengan sifat manusia yang dinamik dan ingin maju seperti menghasilkan kapal angkasa, bangunan pencakar langit atau jambatan terpanjang. Dalam permasalahan yang timbul akibat keinginan manusia ini, peranan pemodelan, pengiraan dan simulasi adalah jelas di mana para saintis menggunakan model matematik sejak era Newton pada abad ke-17.
Pada 1950-an dengan adanya teknologi komputer, maka ia menjadi alat bantu yang amat penting dalam sistem pendidikan, penyelidikan dan pembangunan, industri dan kewangan. Permasalahan yang berlaku di luar keinginan manusia adalah seperti yang disebabkan oleh perubahan keadaan alam (contohnya gempa bumi) serta kesan perubahan yang dilakukan oleh manusia ke atas alam (tanah runtuh). Permasalahan ini juga boleh diselesaikan melalui pemodelan dan simulasi. Para saintis boleh meramal kejadian buruk ini dan memaklumkan untuk mengelakkan berlaku kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda. Contohnya, kini terdapat alat yang boleh mengesan sekiranya akan berlaku tsunami lagi.
0 comments:
Post a Comment