BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 14, 2010

permainan video : kesan terhadap minda



Kanak-kanak zaman dahulu gemar bermain semua permainan tradisional kerana boleh mewujudkan interaksi sosial antara teman sepermainan. Namun kini, permainan tradisional bukan lagi menjadi pilihan mereka mahupun golongan dewasa. Hakikatnya, kanak-kanak kini lebih gemar bermain permainan video samada menggunakan konsol ataupun komputer. Walaupun masih menerapkan unsur kreatif dalam permainan itu, nilai interaksi dan muhibah bersam orang lain tidak ada dalam permainan video.
Walau bagaimanapun itulah realiti yang melanda resam kehidupan manusia yang dilambakkan dengan pelbagai teknologi. Tiada sesiapa yang dapat menghalang perubahan cita rasa atau kemahuan orang kini, tetapi kita peril meraikan kehadiran teknologi ini dengan penuh bijaksana.
Sebuah laporan daripada Parlimen Eropah menyimpulkan bahawa permainan video bagus untuk anak-anak kerana dapat melatih keterampilan dalam realiti kehidupan. Toines Manders, anggota Parlimen Belanda menyatakan “permaianan video umumnya tidak merbahayakan. Kami mendengar beberapa bukti daripada ahli permainan komputer dan pakar psikologi dari Perancis, AS dan Jerman mengatakan permainan video memberikan impak positif kepada pendidikan anak-anak.
Permainan video sebenarnyatidak ubah seperti permainan tradisional yang dapat merangsang anak-anak mengingati fakta-fakta, membimbing berfikir strategi, kreativiti dan berpemikiran inovatif  yang merupakan cirri-ciri yang perlu ada dalam sebarang permaian ataupun sukan. Tidak keterlaluan dikatakan permainan video sama kebaikannya dengan memakan lobak untuk kesihatan mata. Contohnya bermain Counter Strike, lilau mata mencari musuh untuk ditembak mungkin tidak banyak membantu pendidikan anak-anak. Namun hasil kajian yang dibuat oleh pakar ilmu otak dan kognitif, AS, menyatakan permainan sedemikian sangat baik untuk kesihatan mata.
Walaupun banyak bukti menyatakan kesan positif daripada permainan video, semua itu tidak berlaku kepada semua orang secara mendadak. Microsoft Corporation pun pernah menyatakan permainan video mampu meningkatkan keupayaan matematik kanak-kanak. Hakikatnya, ada beberapa keberkesanan positif permainan video.



0 comments: